Sape suka kene marah?korang suke ke?

Tiada siapa suka melakukan kesilapan..
kalau silap,mesti kena marahkan?
kena marah dengan emak,ayah,cikgu,pensyarah dan lain-lain manusia..
Bagaimanapun hidup kita akan jadi lebih bagus jika dapat belajar sesuatu dari kesilapan kita.

Tapi ada beberapa kesilapan yang sering kita buat dan seharusnya takkan berlaku..

Buat silap,tapi tak nak mengaku

Sesetengah orang ada sifat ego,mereka takkan mengaku yang mereka dah buat silap.Bagi mereka,kesilapan adalah tanda kelemahan.Egois takkan mengaku yang mereka ni silap.
Satu lagi jenis manusia adalah yang jenis asyik menidakkan kesalahan yang mereka dah buat..
Walaupun bukti dah depan mata,tapi tetap tak nak mengaku.Mereka tak ego cuma takut melakukan kesilapan,jadi langkah terbaik adalah dengan sentiasa "in denial".


Sebenarnya entri ni panjang lagi,tapi nanti aku sambung lagi pasal ni~~
tak abes taip lagi..
ada dalam draft..hehe


notaBILIK messy
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua....
dikala ini mungkin aku tengah sibuk buat kek..
masih menunggu resepi kek dari seseorang...hehe

Messyremo keluar dari persaraan sertai Blogspot

Kecederaan yang dialami blogger terkenal, Ipin(bukan nama kad pengenalan)
telah membawa keuntungan yang tidak disangka-sangka kepada masyarakat blogger amnya. Blogspot.com yang dikhuatiri hilang tarikan ekoran keputusan beberapa bloggers telah berpindah ke platform lain pada penghujung musim ini, kembali bernafas dengan kehadiran semula juara dunia 12-kali permainan Batu Seremban Piala Pusingan KRT Bukit Goh,Messyremo.

Sejak legenda Batu Seremban itu mengumumkan kesediaan keluar dari persaraan
dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ipin(bukan nama kad pengenalan),
rating Blogspot.com meningkat sebanyak 41-peratus. Sebagai persediaan, Messyremo
yang kali terakhir menekan papan kekunci lebih kurang sebulan yang lalu, kini menjalani program kecergasan yang ketat. Malah, bintang berusia 23-tahun itu telah pun meningkatkan berat badannya sebanyak 5-kilogram.


notaBILIK messy
Terima kasih buat kak GG , kak Janes Bond dan NSAM ..
oh tak lupa juga buat teman-teman yang selalu sokong aku di Facebook..
aku akan kembali menulis..
walaupun kebanyakannya penulisan aku merapu..haha

Selamat tinggal..

Selamat tinggal semua..


aku rasa aku dah hilang keinginan nak menulis di blog lagi..
Terima kasih buat blogger2 yang selalu komen kat sini..


sekian.

Puisi khas Buat BK

Aku sangat merindukan BK
Aku ingin mendengar hilai tawa BK
Banyak perkara yang ingin aku lakukan bersama BK
Aku takut kehilangan BK
Aku sayang,cinta kamu BK..


Masih segar dalam ingatanku
Di mana kita berjalan bersama-sama
Di Jusco,di Tesco,di Giant,di Econsave
Kamu ingat di mana ketika aku membelikan sepapan cokelat Cadbury di sana..
Dan kamu makan hingga lupa untuk meninggalkan sedikit buatku
Kamu memang nakal,walaupun aku sedih tak dapat makan cokelat tu..
Tetapi apabila melihat sekelumit senyuman kamu..
Hatiku kembali gembira..
Masihkah kamu ingat BK?


notaBILIKmessy
maaf semua itu khayalan..
Aku pun belum pernah bertemu BK..
Semua yang aku tulis dalam perenggan pertama merupakan BENAR..
Yang lain hanya rekaan semata-mata..hehe

Zaman Hup Hap



Aku teringat lagi masa aku tingkatan 2..

Aku ada seorang kawan ni..
anak orang kaya la jugak..
aku rasa dia jadi kaya sebab dia anak bongsu..
Di limpahkan duit oleh abang,kakak beliau..
Setiap minggu mesti dia ni akan keluar ke bandar..
Tujuannya hanya satu..
ke tempat Arked Permainan ..
dari pagi sampai petang..
setiap sabtu dan ahad..


Biasala,masa tu semua nak dressing Hup Hap..hehe
Seluar nak sapu lantai..Wajib Londeh..
tak londeh tak leh join hup hap..
Kasut kene yang mahal..
kawan aku cakap kasut kapal..
sebab besar cam kapal..hehe
baju wajib besar...
rantai pagar mesti ada..

Aku mungkin terlepas zaman ni..
tapi aku tak kisah pun terlepas zaman ni..
Aku bukan jenis yang suka keluar bersosial..
Aku suka lagi duduk rumah..
lainla sekarang,pantang ada orang ajak keluar..
mesti nak keluar..tengok movie ke..
makan-makan ke...lepak-lepak ke..
aku suka keluar sebab suka tengok gelagat orang..
bukan cuci mata okae!




notaBILIKmessy
Hup Hap itu Hip Hop
aku saje nak tukar nama..hehe
masa zaman korang dulu pun zaman Hup Hap ke?
Aku tengok sekarang lagi teruk..
macam-macam style ada..
macam dah tinggal kat oversea..
agaknya 10 tahun akan datang?

aku pun nak konvo jugak..

Tadi aku buka la Facebook..
banyak giler gambar-gambar konvo budak-budak UIA..

Semua muka memang tahap epi gaban..

yela,dah konvo..

memangla epi kan..

dapat bunga,dapat bergambar sakan..

mak ayah datang..
saudara mara datang..

Perasaan iri hati memang membuak-buak..


Tahun ini,senior aku konvo..

tahun depan kawan-kawan aku yang di Gombak pula konvo..

Argh...tak best betol..

lambat lagi aku nak konvo...

bila la giliran aku nak bergambar sakan..
dapat bunga buat kali pertama dalam hidup aku..

buat rakan-rakan kulliyah of Science yang bakal meninggalkan UIA pada hujung semester ni..
aku ucapkan semoga berjaya..
walaupun korang ada Praktikal di sekolah selama 2 bulan selepas ini..hehe



notaBILIK messy::

Buat Nadia "Syada",
yang pernah menjadi teman makan2,teman tengok movie dan segala-galanya..

aku doakan semoga kamu berjaya menempuh alam pekerjaan..

Selamat Bergraduasi..



istimewa buat si mulut-mulut longkang,

jaga mulut anda..

jangan laga-lagakan kami lagi..

sekian

Aku Nak Kahwin?



aku ada soalan yang bermain di fikiran aku..

benda ini bukan benda baru ada dalam kepala aku ni..
Perkara ini hadir masa 2 bulan lepas..
Lebih tepat lagi bulan Ramadhan..


Perkara ini bukan la berkait dengan bulan Ramadhan pun..
Apa yang bermain di kepala aku ni ialah..
Perlu ke ada "Wedding Agreement" sebelum kita berkahwin?
Maksud aku bakal pengantin akan menyenaraikan senarai-senarai yang wajib di patuhi kedua-duanya..


Mungkin fikiran aku kolot..
Bagi aku,aku tak boleh terima lagi benda ni..
tak ke dah jadi macam kontrak ke?
jadi apa beza perkahwinan dengan pekerjaan jika semua benda nak ada agreement...
siapa yang dah kahwin@belum kahwin..
sila jawab...
kalau korang,korang setuju ke nak buat wedding agreement...
kalau setuju,korang nak letak apa dalam agreement tu?


notaBILIK messy
kalau aku,aku tak setuju nak buat perjanjian perkahwinan..
ianya ibarat kontrak..
maaf,kalau korang nak kata pemikiran aku kolot..
sekian
Blog Widget by LinkWithin